Saturday, August 6, 2022

BUNGA GUGUR PUTIK PUN GUGUR

 Setiap manusia pasti mati dengan tidak memandang umur. Lakukan kebaikan kerana BUNGA GUGUR PUTIK PUN GUGUR.


Antara perbuatan baik yang kita perlu rebut adalah;


1. Senyum dan sebarkan aura positif

2. Memberi haiwan contoh kucing makan

3. Berkongsi ilmu yang bermanfaat

4. Mengutip sampah atau halangan di jalanan

5. Menghubungkan silaturrahim

6. Ajak orang berbuat baik


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPOgos

BUSUK-BUSUK MEMBACANG

 Antara adab menuntut ilmu adalah merendah hati. Bagai BUSUK-BUSUK MEMBACANG.


Antara adab menuntut ilmu;


1. Niat kerana Allah

2. Selalu berdoa

3. Selalu bersungguh-sungguh

4. Menjauhi maksiat

5. Selalu rendah hati

6. Memperhatikan penjelasan

7. Diam menyemak

8. Menghafal

9. Mangamalkan

10. Mendakwahkan

BAGAI EMPEDU LEKAT DI HATI

 Bagaimana kita nak wujudkan persahabatan yang BAGAI EMPEDU LEKAT DI HATI?


Dikongsikan tip menjaga hubungan persahabatan yang akrab dan didoakan kekal hingga ke syurga.


1. Sentiasa berhubung

2. Sedia membantu antara satu sama lain

3. Tidak memburuk-burukkan

4. Sentiasa berfikiran positif

5. Sentiasa menyokong

6. Luangkan masa bersama

7. Sabar

8. Tidak melupakan

9. Segera meminta maaf jika melakukan kesalahan

10. Sentiasa mengingati hari lahirnya

BURUNG HANTU KESIANGAN

 8 LANGKAH ATASI BURNOUT


Burnout adalah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan. Ianya akan mengakibatkan kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada daya. Ianya bagai BURUNG HANTU KESIANGAN. 


Untuk mengatasi masalah burnout, ikuti langkah berikut:


1. Ambil masa untuk rehat seketika

2. Makan makanan berkhasiat

3. Berikan kata-kata positif kepada diri sendiri

4. Lakukan teknik relaksasi seperti latihan pernafasan secara teratur

5. Uruskan emosi dengan positif

6. Berpuas hati dengan apa yang telah dicapai dalam tugasan

7. Bercakap dengan seseorang yang dipercayai

8. Minta bantuan profesional seperti kaunselor

Wednesday, August 3, 2022

BUNTAT HENDAK JADI GEMBALA

 Bagaimana ingin menjadi seperti BUNTAT HENDAK JADI GEMBALA?


Jika anda adalah orang kecil yang ingin menjadi orang besar, lakukan perkara berikut;


1. Menjalani kehidupan dengan cara sendiri

a) Utarakan pemikiran anda

b) Biarkan hati anda tergerakkan untuk memikir masalah

c) Bertanyakan segala hal

d) Gunakan bakat dan semangat anda

e) Percayalah diri sendiri agar orang lain percaya kepada kita


2. Memiliki mimpi yang luar biasa

a) Fikirkan sesuatu yang besar

b) Utarakan impian anda

c) Tetap bersikap positif

d) Lepaskan impian anda untuk menjadi sempurna

Monday, August 1, 2022

BAGAI GADIS JOLONG MENUMBUK

 10 adab yang boleh diamalkan agar pekerjaan kita membuahkan hasil yang halal dan berkat;


1. Membaca doa sebelum keluar rumah

2. Niat keluar bekerja dengan ikhlas kepada Allah untuk mencari rezeki halal

3. Bekerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh seperti peribahasa BAGAI GADIS JOLONG MENUMBUK

4. Menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan amanah

5. Tidak terbabit dengan pekerjaan haram dan syubhah

6. Tidak melakukan perbiatan dosa san mungkar

7. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi

8. Bersedekah

9. Tidak menjadikan alasan sibuk bekerja untuk tidak beribadat

10. Bertawakal kepada Allah

Sunday, July 31, 2022

BURUK MUKA CERMIN DIBELAH

 Tahun baru, hendak terus melangkah memperbaiki diri. Berazam untuk ke Syurga tanpa dihisab.


Ada ciri-ciri kawan yang perlu dijauhi:


1. Kawan yang iri hati. Tidak boleh tengok orang lebih daripadanya. 


2. Kawan yang selalu mencari kesalahan kawannya. Merasa dirinya sentiasa betul.


3. Kesalahan yang dibuat sendiri tetapi dilemparkan kepada orang lain. 

Bak peribahasa: BURUK MUKA CERMIN DIBELAH.


4. Ego yang tinggi dan tidak mahu mengalah. 


5. Berbohong untuk menutup kekurangan dirinya.


6. Menghilangkan diri di saat diperlukan.


7. Suka menunjuk kelebihan sendiri.


8. Penghianat. Suka bermuka-muka. 


Perlahan-lahan elakkan menghampiri rakan yang mempunyai ciri-ciri ini.


Ya Allah, aku mohon keampunanMu.

Friday, July 29, 2022

LAGENDA

 Buku Sumpahan LAGENDA ini akak masih belum ada. Masa kecil-kecil dahulu suka juga baca kisah-kisah lagenda. Sekarang akak lebih suka membaca kisah-kisah benar terutama kisah hidup yang menginspirasikan.


Doakan akak boleh terus menulis dan berkongsi kebaikan melului penulisan. Tahun baharu hijrah ini lebih banyak projek penulisan yang akan disertai. Insya-Allah.


#PerjalananBukuSolo #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL #JurnalPenulisan #penulisupahan #penyelenggara #penuliskisahhidup

Wednesday, July 27, 2022

FANTASI

 Novelis Thriller Nombor 1 Malaysia Ramlee Awang Murhid berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini.


Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini.


Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana FANTASI begitu bijak menipu fikiran.


Sumber: goodread.com


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

KOMEDI

 Definisi : (komédi) 1. drama, filem, dan sebagainya yang ringan dan lucu, biasanya berakhir dengan kegembiraan.


Begitulah definisi KOMEDI merujuk kepada PRPM DBP.


Teringat buku tulisan Dr Jamilah Jaafar, Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa?


#inibukannovel

#iniceritabetul


Membaca buku ini akak kira ada unsur-unsur lucu. Bacaannya juga akak kategorikan ringan. Seronok membaca. Bahasanya seperti Kak Jem berbual bercerita dengan akak kisah pertemuannya dengan suaminya seorang lelaki negro.


Lagi seronok akak membaca sambil tersenyum-senyum kerana akak pernah berada di negara asal suaminya iaitu Uganda.


Akak ada kedua-dua buku Kak Jem yang ceritanya berlatarkan Uganda. Buku Kak Jem akak buat rujukan untuk menulis kisah akak di Uganda dalam buku Travelog Asia Afrika.


Alhamdulillah. Banyak buku boleh dibuat rujukan untuk penulisan. 


27.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Tuesday, July 26, 2022

INDIE

 Menurut Wikipedia INDIE merupakan singkatan untuk perkataan Inggeris independent yang bermaksud bebas atau merdeka.


Indie merujuk kepada hasil karya seni di luar daripada arus perdana yang komersial. Contohnya buku Indie setelah merujuk kepada geng #HaLiaTonSiMeiMei adalah buku FIXI.


Apabila Kak Lang Meizura Nora Yunus bagitahu buku Fixi teringat Si Kecil Aqeelah ada beli buku tersebut sewaktu pesta buku tahun-tahun yang lepas. Mula cari buku-buku yang dah dimasukkan ke dalam kotak.


Alhamdulillah. Terjumpa senaskah buku Fixi bertajuk Revolver karya Syahmi Hafizuddin. Rasanya beliau buka adik beradik dengan Hariz Hafizuddin. Hehe.


Siapa pernah baca buku Fixi?


26.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Monday, July 25, 2022

SERAM

 Dia Melihat Roh. Baca tajuk buku aje dah terasa SERAM. Sejujurnya belum sempat lagi baca buku ini. Nak baca fikir banyak kali sebab masa yang ada untuk membaca hanya pada waktu malam. Jadi kita tangguh membacanya hingga masa yang bersesuaian.


Rezeki dapat jumpa penulis buku ini ketika di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 pada bulan Jun yang lalu. Saudara Haffiz Othman. Kami juga sama-sama menulis di dalam buku Anak Felda Menongkah Arus.


Moga beliau dapat menghasilkan buku Dia Melihat Roh Siri Kedua pula.


25.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Sunday, July 24, 2022

MISTERI

 Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam carian PRPM https://prpm.dbp.gov.my/, MISTERI bermaksud;


1. peristiwa, fenomena dan lain-lain yang tidak dapat diterangkan;


2. cerita, filem dan lain-lain yang me­nimbulkan rasa ingin tahu dan saspens oleh sebab fakta-faktanya tersembunyi;


3. orang atau benda yang menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui, kabur, atau membingungkan


Di dalam simpanan akak, ada sebuah buku misteri. Apabila dibelek-belek, buku ini adalah buku sekolah anak-anak iaitu buku kanak-kanak yang bertajuk Misteri Bunyi di Gunung Nuang ditulis oleh Alfi Mohd yang diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing. Cetakan pertama 2010.


Buku ini termasuk kisah MISTERI pada kategori yang ketiga iaitu kanak-kanak yang menimbulkan rasa ingin tahu kepada bunyi pelik yang didengar di atas Gunung Nuang.


Seronok juga baca buku kanak-kanak ni. Banyak maklumat yang kita boleh ketahui daripada buku yang ditulis.


24.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Friday, July 22, 2022

BUKU YANG ADA LEBIH 500 MUKA

 Pagi ini mencari BUKU YANG ADA LEBIH 500 MUKA surat. Terjumpa di rak buku comel buku Buya Hamka bertajuk AYAHKU. Mempunyai 593 muka surat.


Ada juga novel yang dulu-dulu kami panggil buku cerita. Kalau baca buku cerita best, tebal mana pun memang sanggup baca. Masa belajar dulu kalau cuti semester nilah kerja akak. Duduk kat ruang tamu baca, baring kat bilik tidur pun baca. Sedar-sedar dah pukul dua tiga pagi. Ramaikan yang seperti itu. Baik mengaku.


23.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Thursday, July 21, 2022

BUKU TERJEMAHAN

 Ada beberapa BUKU TERJEMAHAN yang berada di dalam simpanan akak. Ada buku mengenai kepimpinan dan pengurusan. Biasanya diletakkan di tempat kerja. Ada mengenai perniagaan, yang ini diletak di rumah.


Buku terjemahan bertajuk KUASA KEPIMPINAN 4E ini akak beli dan baca pada tahun 2015. Waktu itu banyak belajar tentang kepimpinan dan pengurusan. Membaca buku ini boleh belajar memimpin daripada Jack Welch, CEO GE terbaik di dunia.


4E adalah Energy, Energize, Edge & Execute. Banyak yang dapat dipelajari daripada buku ini. Insya-Allah satu hari nanti akan dikongsikan.


21.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Wednesday, July 20, 2022

ORANG BERI HADIAH KEPADA KITA

 Kita pasti suka jika ada ORANG BERI HADIAH KEPADA KITA. Begitu juga akak. Sangat suka jika ada yang berbuat demikian.


Malam ini, belek-belek buku novel yang dibeli sewaktu akak masih belum berumahtangga. Ada satu novel ni siap ada catatan dan tandatangan. Buku terbitan tahun 1997.


Melihat tandatangan seperti masih ingat siapa yang memberi buku ini. Tersenyum akak membaca catatannya. Masa ni memang tengah kemaruk baca novel.


"Assalamualaikum, ni tandatangan ko ke?" mesej akak kepada sahabat ketika belajar di UPM sambil hantar gambar catatan tulisan tangan.


"Waalaikumsalam, ye ler," jawabnya.


"Alhamdulillah. Masih kuat lagi ingatan aku. Bila kita nak pi Penang?" Maka bermulalah idea nak buat gathering dengan geng-geng study kat UPM dulu. Moga Allah izinkan.


20.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Tuesday, July 19, 2022

TERBITAN KURANG DARI TAHUN 2012

 Jejak Bisnes Rasul dibeli ketika akak ingin menimba ilmu tentang bisnes. Buku ini TERBITAN KURANG DARI TAHUN 2012 iaitu tahun 2010 terbitan PTS.


Banyak juga buku PTS yang akak dapatkan buat rujukan tentang bisnes dan pengurusan. Di dalam buku Jejak Bisnes Rasul ini pada bab 11 menyatakan tentang Nabi Mencipta Pengaruh.


Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw berkata,


"Hak seseorang Muslim terhadap Muslim yang lain ada 6 perkara iaitu;


1. Jika bertemu dengannya perlu memberi salam

2. Jika menjemputmu hadirilah jemputannya

3. Jika dia meminta nasihat berilah nasihat kepadanya

4. Jika dia bersin dan menyebut Alhamdulillah perlu kamu mendoakan kebaikan untuknya

5. Jika dia sakit perlu kamu menziarahinya

6. Jika dia meninggal dunia hantarkan jenazahnya ke kubur.


Hadis ini menjelaskan 6 kod asas bagi mewujudkan jaringan yang kukuh dalam masyarakat;


1. Respect

2. Rapport

3. Commitment

4. Caring

5. Sympathy

6. Empathy


19.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Monday, July 18, 2022

KANAK-KANAK

 Sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022, akak bertemu dengan ramai rakan penulis. Paling seronok apabila berjumpa, masing-masing menghulurkan buah tangan tanda ukhwah. Kebanyakannya pertama kali berjumpa.


Subhanallah Alhamdulillah rezeki dapat membaca buku KANAK-KANAK tulisan CikPuan Roslimah Saat Ros Saat . Kisah Apir. Berjumlah 16 mukasurat. Kanak-kanak pasti gembira membaca buku berwarna-warni.


18.7.2022

Glenmarie

Shah Alam

Sunday, July 17, 2022

ROMANTIS

 Membaca buku bersiri JODOH ini amat mengasyikkan. Membaca kisah benar kisah hidup kisah jodoh membuat emosi berbuai-buai. Ada banyak kisah ROMANTIS di dalam 4 siri buku Jodoh ini. Jodoh Cinta, Jodoh Sayang, Jodoh Rindu dan Jodoh Kasih. 


Membaca kisah jodoh Noraihan Awang Noh juga membuat rasa hati turun naik. Rasa sedih rasa kecewa rasa marah yang akhirnya Allah aturkan menjadi rasa bahagia.


Buku yang sarat dengan kisah jodoh yang bermacam dan berbeza. Namun akhirnya dapat diukir buat kenangan dan catatan buat generasi mereka.


Terima kasih Kak Nor atas hadiah tanda ingatan. Semester 001 adik beradik. Sem002 jadi kembar. Kali pertama bertemu di PBAKL2022. Moga ada rezeki berjumpa lagi.


17.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Saturday, July 16, 2022

BUKU YANG ADA KURANG DARI 120 MUKA

 Nostalgia Kampus Hijauku. Syukur akhirnya buku ini dapat diterbitkan. Permulaan yang baik menghimpunkan alumni UPM untuk mencatatkan perjalanan kisah hidup di kampus.


Walaupun hanya dapat mengumpulkan 18 manuskrip daripada pengkarya, ianya cuba juga diusahakan untuk terbit.


BUKU YANG ADA KURANG DARI 120 MUKA ini menjadi semangat buat kami untuk terus mengukir kisah hidup di kampus hijau ini.


Moga lebih ramai lagi graduan UPM dapat menyertai projek penulisan seterusnya. Banyak lagi kisah hidup di kampus hijau hendak dibukukan.


16.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Friday, July 15, 2022

AUTO-BIOGRAFI

 AUTO-BIOGRAFI bermaksud sebuah penulisan tentang kehidupan yang ditulis sendiri oleh penulisnya.


Membaca buku Merempuh Onak siri 2 yang ada karya Pak Pen Sharif Apen seolah membaca buku berbentuk auto-biografi. Kisah yang bertajuk Jadikan Musuh Itu Kawan membuatkan kita seolah-olah sama-sama merempuh onak.


Penulisan tentang kisah hidupnya yang boleh dijadikan tauladan berakhir dengan nasihat yang berguna. Moga Allah beri rezeki masa untuk membaca kisah kehidupan pengkarya lain yang hebat-hebat belaka.


Terima kasih Pak Pen beri sebuah buku novel. Dah lama tak baca novel islamik. Terakhir baca kalau tak silap awal tahun 2000. Moga Allah rezekikan masa untuk membaca novel ini.


15.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

SEJARAH

 Membaca kisah kembar akak dalam buku Jodoh Sayang seolah membaca SEJARAH kisah bertemu jodoh dengan pasangan Yusnorsyazana Mohd Yunos.


Ianya indah di awal perkenalan. Namun ada ujian di pertengahan. Biasalah, lumrah berumahtangga. Alhamdulillah berkat kesabaran, Allah menyatukan mereka di bawah satu bumbung.


Begitulah kisah Spektrum Kasih. Membaca kisah hidup buku Jodoh ini memang akan tersenyum memanjang. Kisah sejarah pertemuan jodoh yang punya keistimewaannya tersendiri.


Terima kasih Yus atas kiriman buku dan cenderahati tanda ukhwah kami. Buku yang dimasukkan ke dalam beg khas buatannya sendiri sangat menarik dan istimewa buat akak. Moga selamat melahirkan dan dipermudahkan segala urusan.


15.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Wednesday, July 13, 2022

BELUM PERNAH BACA

Tahun lepas 2021 kami para pengkarya buku kisah hidup menulis tentang Legasi Abah. Hasilnya terbit 12 siri buku bertajuk lelaki. Ada 1 siri buku BELUM PERNAH BACA iaitu buku LA11 bertajuk Lelaki Adiwira Pertama.


Subhanallah. Alhamdulillah. Direzekikan malam ini dapat membaca buku ini. Malam ini akak baca hasil karya kembar akak Guru Besar Cikgu Noraini Nora bertajuk Kau Inspirasi Hidupku.


Kisah arwah ayahanda Cikgu Nora yang bekerja keras demi sesuap nasi. Pelbagai kerja yang dilakukan. Perkara lucu kisah ayahanda cikgu mengurut kawannya yang sakit. Kelakar. Alhamdulillah dapat baca kisahnya.


Terima kasih Cikgu Nora. Moga terus diberi ilham untuk berkarya.


13.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL #gambarbukubkh2022

Tuesday, July 12, 2022

ZAMAN SEKOLAH

 Di dalam buku berjodol Jodoh Rindu ini, terdapat 30 orang pengkarya menulis kisah hidup mereka berkenaan jodoh.


Salah seorang daripadanya adalah CikPuan Rosnani Mat. Beliau menulis karya bertajuk Rindu Tanpa Nokhtah. Kisah cinta di ZAMAN SEKOLAH berakhir di jinjang pelamim.


Membaca kisah beliau membuatkan kita tersenyum-senyum. Setianya seorang tunang menunggu yang disayangi menuntut ilmu. Macam-macam kisah bahagia dikongsikan.


Nak tahu kisah-kisah jodoh rindu yang lain, boleh dapatkan buku antologi yang juga punya karya akak. Kisah jodoh pertemuan unik ibu dan abah akak. Jom baca. Boleh dapatkan dari akak atau pengkarya yang lain juga.


12.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL #Jodoh_Rindu #gambarbukubkh2022

Thursday, July 7, 2022

SEJARAH

 Subhanallah. Alhamdulillah. Buku kedua diterima dari kembar-kembar Buku Kisah Hidup. Ya Allah Aku Bangkit Siri 2. Karya kembar buku kanda Kak Ngah NurQasehku Olia.


Membaca kisah Pergilah Kau Pergi, Angin Ahmar karya kak ngah membuat hati terasa sebak dan kagum dengan pengorbanannya bersama suami yang diuji sakit.


Buku ini apabila dibaca umpama membaca SEJARAH kisah hidup bagaimana mereka bangkit untuk meneruskan hidup. Banyak lagi kisah yang patut dibaca yang boleh dijadikan pesoman untuk semua.


Bukan hanya menerima buku, tetapi ada juga cenderahati yang unik dibuat sendiri oleh kak ngah. Subhanallah. Sungguh kreatif kakak nan seorang ini. Terima kasih atas ingatan. Moga ukhwah berpanjangan dan direzekikan untuk bertemu suatu hari nanti.


Kembar Sem 002

Semester 002

Kembar


#BKHJodohKasih Noraihan Awang Noh 

#BKHJodohSayang Yusnorsyazana Mohd Yunos 

#BKHJodohRindu Siti Hasni 

#BKHJodohCinta Maziah Hj Mustapa  

#BKHMamaOhsem Kak Ainalmarhaton Abd Ghani ✅ 

#BKHAkuBangkit 1 Mashitoh Musa

#BKHAkuBangkit 2 Kak NurQasehku Olia ✅

#BKHMerempuhOnak 1 Kelip Kelip 

#BKHMerempuhOnak 1 Kak Meizura Nora Yunus  

#BKHMerempuhOnak 2 Sharif Apen 

#BKHFitrah Fatihah Irdina Lyn Abdullah 


7.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL

Wednesday, July 6, 2022

PENULISNYA DARI LUAR NEGARA

 Apabila di dalam grup WhatsApp Jodoh Rindu riuh rendah menyatakan kegembiraan memeluk buku yang punya karya sendiri, akak tersenyum membacanya.


Alhamdulillah, akhirnya buku kami terbit dengan sempurna. Cantik kulit bukunya. Lebih cantik isi kandungannya. Semuanya kisah jodoh 29 pengkarya dan seorang penulis tamu.


Tersenyum akak membaca kisah Rindu Bertaut Dalam Sepucuk Surat. PENULISNYA DARI LUAR NEGARA. Puan Nazariah Nasir dari negara jiran. Beruntung akak berada dalam satu buku dengan penulis dari luar negara.


Membaca ceritanya menerima sepucuk surat dari jodohnya buat akak tersenyum terkenang kisah akak juga pernah berutus surat. Nak baca kisah-kisah menarik tentang jodoh, boleh dapatkan buku antologi ini.


Alhamdulillah, dapat meraikan pelancaran buku kami ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 yamg lepas. Tahniah tim Jodoh Rindu diketuai oleh Andek Huda dan dibimbing dengan kasih sayang oleh Mak Sri Diah Shaharuddin.


6.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL #Jodoh_Rindu

Tuesday, July 5, 2022

ANTOLOGI

 Subhanallah. Alhamdulillah. Syukur hari ini telah selamat menerima buku ANTOLOGI akak yang ke 8, Jodoh Rindu.


Syukur kali ini dapat menulis kisah hidup ibu dan abah di dalam buku yang indah ini. Kisah unik mereka bertemu jodoh. Terdapat 30 kisah Jodoh Rindu di dalam buku antologi ini.


Berbanyak dan setinggi-tinggi terima kasih buat Mak Sri Diah Shaharuddin yang membimbing dan sentiasa memberi galakan kepada kami untuk menulis kisah hidup kami.


Terima kasih tak terhingga kepada admin kami Andek Huda yang sabar melayan kerenah kami sepanjang Semester 002. Terima kasih kepada adik beradik pengkarya yang sama-sama berganding bahu merealisasikan penerbitan buku ini. Marziana Ismail Nazariah Nasir Hayati Daud Ramlah Rashid Rafidah Osman Zurina Shafie Hayati Saad Halipah M Ali Sallina Mohd Zain Nidza Adam Rosnani Mat Norbaini Dbkri  Azmah Tukiran Mardhiah Mohd Rasid Roslimah Saat Syikin Mustapa Masdarina Mphd Ani Norfisah Mohd Ali Ibuna Norhafhizah Suliman Nor Aslina Mamat Rnysa Anys Mansur Romli Rohana Ismail Jamilah Mustafa Mohd Tajuddin Abdullah dan penulis tamu Dr Umi Kalthum Ngah


Buat kembar-kembar BKH Semester 002, nantikan buku ini ya. Insya-Allah akan cuba dihantar secepat mungkin.


#BKHJodohKasih Noraihan Awang Noh 

#BKHJodohSayang Yusnorsyazana Mohd Yunos 

#BKHJodohRindu Siti Hasni 

#BKHJodohCinta Maziah Hj Mustapa 

#BKHMamaOhsem Kak Ainalmarhaton Abd Ghani ✅

#BKHAkuBangkit 1 Mashitoh

#BKHAkuBangkit 2 Kak NurQasehku Olia 

#BKHMerempuhOnak 1 Kelip Kelip 

#BKHMerempuhOnak 1 Kak Meizura Nora Yunus 

#BKHMerempuhOnak 2 Sharif Apen 

#BKHFitrah Fatihah Irdina Lyn Abdullah


4.7.2022

Shah Alam

Selangor


#JurnalPenulisan #UnIKH #HaLiaTonSiMeiMei #JPJUL #Jodoh_Rindu