Friday, November 17, 2023

IMPIAN


Subhanallah. Alhamdulillah. Bermula dengan impian pada penghujung 2019. Mesej Kak Norlita Ishak, bagitahu nak tulis buku.


Kak Ita cadangkan masuk kelas Bonda Nor. Dapat menuntut ilmu bersama Cikgu Abdul Muiez dan Puan Azian Mohamed Isa serta penasihat Bonda Siti Rugayah Hj Tibek. Ilmu yang di sampaikan dipraktikkan sehingga sekarang.


Kemudian beranikan diri menyertai antologi bersama Nuha diterajui oleh En Mohamed Nasser Mohamed. Banyak ilmu diperolehi termasuk diberi peluang menjadi penyelenggara buku.


Ilmu dicari lagi bersama UnIKH yang banyak membimbing menulis buku kisah hidup. Terlalu banyak ilmu yang dicurahkan oleh Mak Sri Diah Shaharuddin serta admin-admin UnIKH.


Menuntut ilmu bersama Kak Rahmah Saad mencuba menulis kisah yang lebih panjang. Kemudian menyertai Sekolah Penulisan Ramadan selama 3 tahun berturut-turut, dibimbing oleh Tuan Zamri Mohamad.


Subhanallah, Alhamdulillah, selepas berlatih menulis di dalam 15 buah buku antologi, Allah pertemukan dengan Karate Kids Writer bersama Kak Ceq Kyra Writes untuk merealisasikan impian menulis buku solo.


Akhirnya tahun 2023, Allah perkenankan doa dan impian saya. Syukur.


Terima kasih kepada semua guru yang telah membimbing serta rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa memberi semangat, doa dan sokongan.


Doakan perjalanan buku LAGU DI BAWAH LANGIT ini dipermudahkan dan dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.


4 tahun perjalanan untuk mencapai IMPIAN yang satu ini. Syukur.