Saturday, October 19, 2019

SI BUAH HATI

SI BUAH HATI

Tibanya hari penting untuk si buah hati. Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) akan diduduki hari ini. Semalam sempat ziarah Syahmi untuk memberi semangat kepadanya.

Sempat bawah Syahmi untuk gunting rambut. Rapikan diri sebelum masuk dewan peperiksaan. Belikan barang makanan untuk bekal semasa study daripada 20 Okt 2019 sehingga 30 Okt 2019.

Makan petang bersama. Sempat memberi kata-kata nasihat dan semangat. Tips untuk menjawab soalan. Tips untuk jaga kesihatan. Bangun malam solat tahajjud, solat hajat mohon dengan Allah yang maha Pemberi, Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Semoga Syahmi berjaya dengan cemerlang.